Sunday, August 22, 2010

PENYAMBUNGAN TIANG

Penyambungan tiang, binaan rasuk menembusi tiang

Tiang dapur terletak di atas 'pelapik tiang' dari konkrit

BUTIRAN TIANG

Susunatur tiang di bahagian Rumah Ibu
                                               

Monday, August 16, 2010

BPS 303 Lukisan Kerja 2

LUKISAN TERUKUR
RUMAH BUJANG BERSERAMBI BERSELASAR
 NEGERI TERENGGANU 



   PENDAHULUAN

  • Program Pelukis Pelan Senibina semester 4 mengandungi Modul, BPS 303 Lukisan Kerja 2.
  • Salah satu topik yang penting ialah Lukisan Kerja Rumah Kayu.
  • Pelajar di kehendaki menyiapkan satu set lengkap Lukisan Kerja Rumah kayu ini yang terdiri dari pelan lantai, pelan bumbung, pandangan dan keratan rumah beserta butiran penyambungan kayu yang menarik.
  • Senibina Rumah Melayu Tradisional merupakan satu senibina yang tidak ternilai harganya dan perlu di kekalkan untuk di warisi oleh generasi akan datang.
  • Selain dari rupabentuknya yang menarik senibinanya turut melambangkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
  • Sejarah membuktikan keutuhan rumah-rumah tradisonal ini amat mengkagumkan hasil dari penggunaan kayu yang bermutu seperti cengal dan kayu keras yang lain.
  • Gabungan tukang-tukang kayu dan tukang ukir tradisonal telah menghasilkan rupabentuk rumah yang sangat menarik selain dari memberikan impak kepada sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik untuk keselesaaan pada penghuninya.
                                            OBJEKTIF
  • Membantu pelajar-pelajar semester 4 Program Pelukis Pelan Senibina Kolej Komuniti Kuala Terengganu menyiapkan sebuah Lukisan Kerja Rumah Kayu yang lengkap bagi Amali 1 untuk Modul BPS 303 Lukisan Kerja 2.
  • Mempelajari teknik pembinaan rumah kayu dan pelajar dapat mengukur sendiri saiz-saiz kayu dan juga jenis-jenis kayu yang digunakan dalam pembinaan rumah kayu.
  • Pelajar dapat memahami teknik-teknik penyambungan kayu bagi proses pembinaan tiang,lantai.bumbung,dinding,tangga dan lain-lain.
  • Memberi pengalaman kepada pelajar untuk melihat dan menghargai warisan seni bina rumah kayu di negeri Terengganu.
LUKISAN TERUKUR
  • Menggunakan kaedah Lukisan Terukur di tapak Rumah Bujang Berserambi Berselasar di Muzium Negeri Terengganu bagi meningkatkan pemahaman pelajar.
  • Rumah ini di pilih kerana ia merupakan sebuah rumah kayu yang cantik dan mempunyai keaslian rekabentuk Rumah Tradisional Terengganu.
  • Pembahagian ruang terdiri dari Rumah Ibu, Selasar,Serambi kecil (lambor) dan Rumah Dapur
  • Pembahagian Tugasan mengukur:
- Butiran Dinding
- Butiran Tangga
- Butiran Bukaan
- Butiran Bumbung
- Butiran Tiang
- Pelan Lantai


LOKASI: TAPAK MONUMEN RUMAH TRADISIONAL TERENGGANU
MUZIUM NEGERI TERENGGANU


 
Rumah Bujang Berserambi Berselasar



Pandangan sisi rumah yang menunjukkan pembahagian rumah seperti 
 Ruang Selasar, Rumah Ibu & Ruang Dapur


     AKTIVITI MENGUKUR SEMULA RUMAH  SEBAGAI KAJIAN DAN RUJUKAN
    


PENGUKURAN PELAN LANTAI  

   Pelajar mengukur keseluruhan ruang luar rumah dan pelan lantai bagi mendokumentasikannya semula
  




  PENGUKURAN BUTIRAN TANGGA










Pelajar mengambil ukuran tiang dan pelapik tiang
 






               
                                      TANGGA SERAMBI KECIL







Penyambungan anak tangga dengan peha tangga  
dibahagian serambi di lakukan dengan  
menggunakan pasak sahaja.
 
Manakala lapik tangga menggunakan semen  
untuk menahan daripada kelembapan tanah 
yang boleh mereputkan kayu tangga.






               

                 TANGGA RUMAH DAPUR





Tangga di bahagian dapur mempunyai 4 anak tangga yang lebar dan di sambungkan pada peha tangga menggunakan pasak serta pemeting sahaja.






Peha tangga di bina menggunakan sekeping papan yang lebar dan dipotong serong mengikut kecerunan tangga yang di Kehendaki.



 

         
Penyambungan peha tangga pada bendul dan pintu masuk ke dapur.Terdapat ukiran pada hujung atas peha tangga
   
  



Kedudukan asal tangga pada bahagian bawah tanpa pelapik simen

Kelihatan ukiran pada hujung bawah peha tangga


                               
                                          

             

PENGUKURAN BUTIRAN
LANTAI DAN BENDUL






Penyambungan bendul diantara  dinding
 rumah ibu dan dinding rumah dapur

Bendul cantik biasanya dibina sebagai hiasan dinding janda berhias - Bahagian Rumah  Ibu












Rumah kayu biasanya bertiang tinggi dari aras tanah.

Ia adalah untuk pengudaraan yang baik di samping dapat mengelak dari bencana banjir dan serangan binatang bisa. 

Faktor pencemaran bau dan kelembapan tanah juga mempengaruhi pembinaan tiang  dalam rumah kayu.

Kedudukan  tiang dan rasuk yang juga berfungsi sebagai gelegar untuk penyambungan lantai





Pandangan dari bawah- penyambungan lantai dan di paku di atas rasuk/gelegar
 
Pandangan dari bawah- penyambungan bendul dan lantai

                    PENGUKURAN BUTIRAN DINDING




Pelajar sedang mengukurpanjang ruang selasar yang berdinding separuh








Pelajar sedang mengukur panjang dinding janda berhias di bahagian rumah ibu 





                DOKUMENTASI






Proses mendokumentasikan bahan/ukuran selepas mengukur semula.






           

   PENGUKURAN BUTIRAN DINDING

 
Pensyarah menerangkan cara mengambil ukuran pada butiran bendul di bahagian selasar

Ketinggian selasar hanya pada paras pinggang orang dewasa sahaja.Corak dinding pada selasar hanya dibuat dari papan yang di pasang menegak dan di kemaskan dengan umai/ kayu penepek



     BUTIRAN DINDING

Pintu utama ke rumah ibu di bina diantara `frame' dinding `Janda Berhias'
Dinding rumah ibu dari jenis ` Janda Berhias'.



DINDING DAPUR

Kelihatan tingkap diantara dinding rumah dapur

Pelbagai corak pada dinding rumah dapur
Pemeting digunakan sebagai paku dalam penyambung dinding janda berhias


BUTIRAN BUMBUNG (BUMBUNG PANJANG)



Rumah bujang berserambi berselasar ini berbumbung panjang dan mempunyai papan pemeleh pada setiap bumbung









Pandang bumbung dari pelbagai sudut rumah, kelihatan perbezaan kecerunan bumbung bagi setiap ruang

Atap singgora/beta di gunakan pada keseluruhan bumbung, ia mmber tekstur / keemasan yang menarik pada rumah ini.


BUTIRAN BUKAAN DAN UKIRAN



Pandangan hadapan rumah yang mempunyai bukaan menarik pada dinding untuk menggantikan tingkap bagi pengudaraan dan pencahayaan ruang rumah ibu.










Ukiran awam larat tebuk tembus menghiasi dinding hadapan rumah juga berfungsi untuk pengudaraan dan pencahayaan.




   

Pandangan belakang rumah yang mempunyai bukaan dengan pelbagai corak geometri bagi pengudaraan dan pencahayaan rumah itu.


KETINGGIAN ARAS RUMAH


Aras paling tinggi adalah rumah ibu dan orang dewasa 

boleh melalui bawah rumah serta boleh dijadikan tempat  aktiviti menenun 
songket atau  menyimpan barang pada masa dahulu
Selasar lebih rendah daripada rumah ibu  dan ruang dapur, biasanya digunakan untuk mengaji, membaiki jala ia merupakan ruang utama aktiviti kaum lelaki.




Rumah dapur  mempunyai 3 anak tangga 
dan lebih rendah dari rumah ibu, ia merupakan ruang bagi aktiviti kaum wanita

                                                         
                      





JAWATANKUASA LUKISAN TERUKUR

BERGAMBAR KENANGAN DI TANGGA KAYU ’ RUMAH BUJANG DUA BERADIK’
BERSEBELAHAN TAPAK AKTIVITI MENGUKUR RUMAH BUJANG BERSERAMBI BERSELASAR


Pelajar KKKT SPS 4 sesi Julai 2010 bersama 
Pensyarah Modul BPS 303 






Related Posts with Thumbnails