Gambar menunjukkan sambungan tiang , alang dan nenaga pada bahagian bumbung beratapkan singgora.
Gambar menunjukkan pemasangan atap singgora yang hanya disangkut pada kayu panjang @ beloti. Kayu kekuda pula di ukir pada bahagian hujung untuk memberikan kemasan yang menarik
Monday, September 6, 2010
BUTIRAN TANGGA
Anak tangga di sambungkan ke peha tangga menggunakan tanggam dan kayu pasak.
Gambar menunjukkan ketinggian orang dewasa ketika berdiri pada anak tangga paling atas.
Binaan bumbung yang rendah pada ruang selasar membentuk posisi menunduk (menghormati) ketika memasuki rumah ibu dari tangga ini.
BUTIRAN TIANG & BELIRA
Kayu Belira menembusi tiang di bahagian rumah dapur,
ia bertujuan untuk mengikat susunan tiang supaya lebih kukuh dan seimbang.
Biasanya pasak di gunakan di atas dan di bawah kayu belira untuk memperkemaskan lagi kedudukan kayu belira yang menembusi tiang tersebut.
ia bertujuan untuk mengikat susunan tiang supaya lebih kukuh dan seimbang.
Biasanya pasak di gunakan di atas dan di bawah kayu belira untuk memperkemaskan lagi kedudukan kayu belira yang menembusi tiang tersebut.
Sunday, August 22, 2010
PENYAMBUNGAN TIANG
Penyambungan tiang, binaan rasuk menembusi tiang
Tiang dapur terletak di atas 'pelapik tiang' dari konkrit
Monday, August 16, 2010
BPS 303 Lukisan Kerja 2
LUKISAN TERUKUR
RUMAH BUJANG BERSERAMBI BERSELASAR
NEGERI TERENGGANU
PENDAHULUAN
- Program Pelukis Pelan Senibina semester 4 mengandungi Modul, BPS 303 Lukisan Kerja 2.
- Salah satu topik yang penting ialah Lukisan Kerja Rumah Kayu.
- Pelajar di kehendaki menyiapkan satu set lengkap Lukisan Kerja Rumah kayu ini yang terdiri dari pelan lantai, pelan bumbung, pandangan dan keratan rumah beserta butiran penyambungan kayu yang menarik.
- Senibina Rumah Melayu Tradisional merupakan satu senibina yang tidak ternilai harganya dan perlu di kekalkan untuk di warisi oleh generasi akan datang.
- Selain dari rupabentuknya yang menarik senibinanya turut melambangkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
- Sejarah membuktikan keutuhan rumah-rumah tradisonal ini amat mengkagumkan hasil dari penggunaan kayu yang bermutu seperti cengal dan kayu keras yang lain.
- Gabungan tukang-tukang kayu dan tukang ukir tradisonal telah menghasilkan rupabentuk rumah yang sangat menarik selain dari memberikan impak kepada sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik untuk keselesaaan pada penghuninya.
- Membantu pelajar-pelajar semester 4 Program Pelukis Pelan Senibina Kolej Komuniti Kuala Terengganu menyiapkan sebuah Lukisan Kerja Rumah Kayu yang lengkap bagi Amali 1 untuk Modul BPS 303 Lukisan Kerja 2.
- Mempelajari teknik pembinaan rumah kayu dan pelajar dapat mengukur sendiri saiz-saiz kayu dan juga jenis-jenis kayu yang digunakan dalam pembinaan rumah kayu.
- Pelajar dapat memahami teknik-teknik penyambungan kayu bagi proses pembinaan tiang,lantai.bumbung,dinding,tangga dan lain-lain.
- Memberi pengalaman kepada pelajar untuk melihat dan menghargai warisan seni bina rumah kayu di negeri Terengganu.
LUKISAN TERUKUR
- Menggunakan kaedah Lukisan Terukur di tapak Rumah Bujang Berserambi Berselasar di Muzium Negeri Terengganu bagi meningkatkan pemahaman pelajar.
- Rumah ini di pilih kerana ia merupakan sebuah rumah kayu yang cantik dan mempunyai keaslian rekabentuk Rumah Tradisional Terengganu.
- Pembahagian ruang terdiri dari Rumah Ibu, Selasar,Serambi kecil (lambor) dan Rumah Dapur
- Pembahagian Tugasan mengukur:
- Butiran Tangga
- Butiran Bukaan
- Butiran Bumbung
- Butiran Tiang
- Pelan Lantai
LOKASI: TAPAK MONUMEN RUMAH TRADISIONAL TERENGGANU
MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Rumah Bujang Berserambi Berselasar
Pandangan sisi rumah yang menunjukkan pembahagian rumah seperti
Ruang Selasar, Rumah Ibu & Ruang Dapur
PENGUKURAN PELAN LANTAI
Pelajar mengukur keseluruhan ruang luar rumah dan pelan lantai bagi mendokumentasikannya semula |
PENGUKURAN BUTIRAN TANGGA
Pelajar mengambil ukuran tiang dan pelapik tiang
Penyambungan anak tangga dengan peha tangga
dibahagian serambi di lakukan dengan
menggunakan pasak sahaja.
Manakala lapik tangga menggunakan semen
untuk menahan daripada kelembapan tanah
yang boleh mereputkan kayu tangga.
TANGGA RUMAH DAPUR
Tangga di bahagian dapur mempunyai 4 anak tangga yang lebar dan di sambungkan pada peha tangga menggunakan pasak serta pemeting sahaja.
Peha tangga di bina menggunakan sekeping papan yang lebar dan dipotong serong mengikut kecerunan tangga yang di Kehendaki.
Penyambungan peha tangga pada bendul dan pintu masuk ke dapur.Terdapat ukiran pada hujung atas peha tangga
Kedudukan asal tangga pada bahagian bawah tanpa pelapik simen
Kelihatan ukiran pada hujung bawah peha tangga
PENGUKURAN BUTIRAN
LANTAI DAN BENDUL
LANTAI DAN BENDUL
Penyambungan bendul diantara dinding
rumah ibu dan dinding rumah dapur
Bendul cantik biasanya dibina sebagai hiasan dinding janda berhias - Bahagian Rumah Ibu
Rumah kayu biasanya bertiang tinggi dari aras tanah.
Ia adalah untuk pengudaraan yang baik di samping dapat mengelak dari bencana banjir dan serangan binatang bisa.
Faktor pencemaran bau dan kelembapan tanah juga mempengaruhi pembinaan tiang dalam rumah kayu.
Kedudukan tiang dan rasuk yang juga berfungsi sebagai gelegar untuk penyambungan lantai
Pandangan dari bawah- penyambungan lantai dan di paku di atas rasuk/gelegar
Pandangan dari bawah- penyambungan bendul dan lantai |
PENGUKURAN BUTIRAN DINDING
Pelajar sedang mengukur panjang dinding janda berhias di bahagian rumah ibu
DOKUMENTASI
Proses mendokumentasikan bahan/ukuran selepas mengukur semula.
PENGUKURAN BUTIRAN DINDING
Pensyarah menerangkan cara mengambil ukuran pada butiran bendul di bahagian selasar
Ketinggian selasar hanya pada paras pinggang orang dewasa sahaja.Corak dinding pada selasar hanya dibuat dari papan yang di pasang menegak dan di kemaskan dengan umai/ kayu penepek |
BUTIRAN DINDING
Pintu utama ke rumah ibu di bina diantara `frame' dinding `Janda Berhias' |
Dinding rumah ibu dari jenis ` Janda Berhias'.
DINDING DAPUR
Kelihatan tingkap diantara dinding rumah dapur |
Pelbagai corak pada dinding rumah dapur |
Pemeting digunakan sebagai paku dalam penyambung dinding janda berhias |
BUTIRAN BUMBUNG (BUMBUNG PANJANG)
Rumah bujang berserambi berselasar ini berbumbung panjang dan mempunyai papan pemeleh pada setiap bumbung |
Pandang bumbung dari pelbagai sudut rumah, kelihatan perbezaan kecerunan bumbung bagi setiap ruang |
Atap singgora/beta di gunakan pada keseluruhan bumbung, ia mmber tekstur / keemasan yang menarik pada rumah ini. |
BUTIRAN BUKAAN DAN UKIRAN
Pandangan hadapan rumah yang mempunyai bukaan menarik pada dinding untuk menggantikan tingkap bagi pengudaraan dan pencahayaan ruang rumah ibu.
Ukiran awam larat tebuk tembus menghiasi dinding hadapan rumah juga berfungsi untuk pengudaraan dan pencahayaan. |
Pandangan belakang rumah yang mempunyai bukaan dengan pelbagai corak geometri bagi pengudaraan dan pencahayaan rumah itu.
KETINGGIAN ARAS RUMAH
Aras paling tinggi adalah rumah ibu dan orang dewasa boleh melalui bawah rumah serta boleh dijadikan tempat aktiviti menenun songket atau menyimpan barang pada masa dahulu |
Selasar lebih rendah daripada rumah ibu dan ruang dapur, biasanya digunakan untuk mengaji, membaiki jala ia merupakan ruang utama aktiviti kaum lelaki. |
dan lebih rendah dari rumah ibu, ia merupakan ruang bagi aktiviti kaum wanita
JAWATANKUASA LUKISAN TERUKUR
BERGAMBAR KENANGAN DI TANGGA KAYU ’ RUMAH BUJANG DUA BERADIK’
BERSEBELAHAN TAPAK AKTIVITI MENGUKUR RUMAH BUJANG BERSERAMBI BERSELASAR
Pelajar KKKT SPS 4 sesi Julai 2010 bersama
Pensyarah Modul BPS 303
Subscribe to:
Posts (Atom)